Wednesday 16 March 2016

ALifeLink-i



A-Life Link-i MENGIKUT PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN


Lengkapi diri dengan pelan perlindungan dan pelaburan fleksibel yang boleh diubah mengikut perubahan dalam kehidupan anda..A-LifeLink-I membantu anda untuk mengemudi ketidakpastian dalam hidup dengan menyediakan perlindungan Takaful ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal. A-Life Link-i
turut memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di pelbagai peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda
untuk mengumpul dan menjana kekayaan anda mengikut jangka masa yang tertentu. A-LifeLink-i juga meningkatkan perlindungan anda secara automatik
tanpa kos tambahan melalui Bonus Ulang Tahun!

MENAWARKAN FAEDAH-FAEDAH BERIKUT:

Perlindungan dan Simpanan dalam Satu Pelan
• A-Life Link-I matang pada umur 100 tahun.
• Menyediakan perlindungan ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
• Pelbagai pilihan rider-rider dan Dana-dana Berkaitan Pelaburan ditawarkan untuk
memenuhi keperluan perlindungan dan simpanan anda.

Fleksibiliti dalam Perlindungan dan Simpanan
• Caruman yang mampu dibayar serendah RM150 sebulan.
• Fleksibiliti untuk mempelbagaikan perlindungan mengikut keperluan-keperluan
peringkat hidup anda.
• Fleksibiliti untuk meningkatkan jumlah simpanan apabila anda mempunyai wang lebih
atau mengeluarkan simpanan bila anda memerlukannya.
• Fleksibiliti untuk menukar dana-dana menurut tahap toleransi risiko anda.

Perlindungan Tambahan melalui Bonus Ulang Tahun
• Jumlah dilindungi anda akan meningkat sebanyak 1% dari jumlah dilindungi asal,bermula dari awal tahun ke-2 sijil sehingga mencapai 120% dari jumlah dilindungi asal.
• Jumlah dilindungi bagi rider pilihan penyakit kritikal seperti A-Plus CriticalCare-I akan meningkat dengan jumlah yang sama dengan peningkatan pelan ini. Dengan syarat rider penyakit kritikal hendaklah dilampirkan pada permulaan sijil.
• Tiada kos tambahan akan dikenakan ke atas peningkatan jumlah dilindungi di bawah Bonus Ulang Tahun.

Penyelesaian Kewangan yang Patuh Syariah
• Memenuhi kehendak anda untuk perlindungan yang patuh Syariah.
• Memenuhi matlamat kewangan anda
dengan instrumen-instrumen pelaburan Islam.

Perlindungan Terjamin 5 Tahun
• Pelan ini akan terus berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun pertama sijil walaupun nilai akaun  dana anda tidak mencukupi untuk membayar Tabarru’ dan Caj Perkhidmatan Bulanan.

0 comments:

Post a Comment