Friday 25 March 2016

RANCANG PELABURAN UNTUK PERSARAAN

(keratan Utusan Melayu)
Adakah dalam tempoh persaraan itu, rakyat Malaysia mampu menampung kehidupan mereka? Ini paling penting untuk dijawab supaya tidak muncul pula masalah ramai pesara tidak mampu menempuh persaraan gara-gara tidak cukup wang untuk menampung kehidupan mereka.
Niat asal untuk berehat dengan tenang bersama-sama keluarga, entah ke mana. Menjangkakan wang cukup untuk hari tua juga boleh memakan diri kerana perbelanjaan semakin mahal, begitu juga kos perubatan.
Jadi, selain melabur dalam bentuk kewangan pada usia muda, menjaga kesihatan dengan baik melalui amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat seperti bersenam boleh membantu mengurangkan perbelanjaan pada usia tua.
Malangnya, ramai di antara kita memilih cara yang memudaratkan kesihatan seperti merokok dan kesannya mula ketara pada usia persaraan. Justeru, bagi yang masih muda, rancang dan uruslah `pelaburan’ anda sama ada kewangan atau kesihatan agar hidup dijamin tenang ketika meniti usia bersara.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) dan Felo Penyelidik Institut
Keusahawanan dan Koperasi (CEDI)
Universiti Utara Malaysia (UUM).

© Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment