Showing posts with label As-salihin. Show all posts
Showing posts with label As-salihin. Show all posts

Tuesday 5 April 2016

kelebihan menulis wasiat

kelebihan menulis wasiat. Antaranya ialah ;
  • Mempercepatkan proses pembahagian harta. Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris hanya boleh dibuat apabila probate dan Surat Kuasa Mentadbir diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan sebelum pembahagian harta boleh dilakukan.
  • Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga. Telah banyak berita di dada-dada akhbar menceritakan tentang pertelingkahan di dalam keluarga disebabkan harta si mati. Janganlah kita tergolong di antara mereka yang tidak berwasiat kerana disebabkan harta, keluarga yang ditinggalkan, berpecah belah.
  • Melantik Wasi (Pentadbir harta) yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda samada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
  • Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya akan Qada’ & Qadar. Kita tidak tahu bila malaikat izrail akan mencabut nyawa kita semua. Oleh itu, tidak sepatutnya kita masih melengahkan perkara yang hanya sekali dalam seumur hidup kita ini.



Monday 14 March 2016

PENJAGAAN HARTA KANAK-KANAK

Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).
Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah (custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.
Terdapat dua kategori penjagaan:
  • Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta, menggadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
  • Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut urutan berikut:
  • Bapa
  • Datuk lelaki di sebelah bapa
  • Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
  • Wasi kepada wasi bapa
  • Wasi datuk di sebelah bapa
  • Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa

PRI-WARISAN

Dicipta untuk mengurangkan kos pentadbiran harta pusaka pelanggan kami dan membantu ahli waris dalam menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka. Sebagai pakar perancangan harta pusaka di Malaysia, as-Salihin amat memahami bahawa terdapat banyak kesulitan yang perlu ditempuh dalam menyelesaikan proses pembahagian harta pusaka, ini termasuklah penutupan akaun bank, penglupusan pinjaman dan hutang si mati, termasuklah menyelesaikan cukai pendapatan, penyerahan dokumen-dokumen perundangan ke Mahkamah Tinggi, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan, dan institusi-institusi kewangan.
Segala kesusahan yang perlu dihadapi oleh ahli waris ini akan dapat dielakkan sekiranya anda melanggan pakej Pri-WARISAN. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah untuk menghubungi kami bagi mendapatkan perkhidmatan pakej Pri-WARISAN ini, dan mendapatkan bantuan daripada professional-professional kami yang terlatih.
MANFAAT YANG DIPEROLEHI MELALUI Pri-WARISAN
Berapa besar manfaat yang akan diperolehi oleh anda adalah bergantung kepada adakah as-Salihin dilantik sebagai Wasi dalam Wasiat anda:
  • Nikmati kadar diskaun antara 20% untuk fi Perwasian dalam pentadbiran harta pusaka (terpakai kepada harta pusaka bernilai RM500,000.00 dan ke atas).
  • Nikmati kadar diskaun sebanyak 20% untuk perkhidmatan pentadbiran Amanah Hayat dan Pentadbiran Harta Amanah.

PRI-NIAGA

Pri-Niaga adalah perancangan untuk memastikan kelancaran pindahmilik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu

Konsep

Merancang strategi untuk keluar apabila berlakunya kematian, ketidakupayaan, penyakit yang kritikal ataupun persaraan untuk:
  • Memastikan pemindahmilikan hak perniagaan dan kesinambungan berjalan dengan lancar.
  • Melindungi dan memelihara nilaian perniagaan semasa penjualan.

Dengan Pri-Niaga, perkara yang perlu diambil kira ialah:
  • Perjanjian terhadap nilaian perniagaan
  • Mekasnisma pembayaran/pembiayaan
  • Situasi penguatkuasaan diperjelas dalam perjanjian
  • Pengagihan hasil penjualan ditentukan oleh pemilik perniagaan

Kelebihan Pri-Niaga

  • Harga jualan syer telah dipersetujui awal oleh pemegang-pemegang syer/rakan kongsi
  • Perlindungan kewangan kepada waris
  • Mekanisma pembiayaan syer telah ditentukan
  • Waris yang tinggal tidak akan terlibat dalam perniagaan (sekiranya tidak berminat) apabila pemegang syer yang tinggal mengambil alih perniagaan
  • Perniagaan boleh dijalankan seperti biasa dan pelanggan/ pembekal mendapat jaminan dari kesinambungan perniagaan yang terjamin

Tanpa Pri-Niaga

Rakan kongsi yang tinggal menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk membeli syer. Waris akan terlibat dalam perniagaan:
  • Tiada pengalaman
  • Tidak bersepakat dengan rakan kongsi yang lain/wujud perselisihan faham dengan rakankongsi yang lain tentang bagaimana perniagaan harus dijalankan
  • Tidak berminat dengan perniagaan tersebut.

AMANAH

Bentuk-bentuk Amanah
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan:
  • Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).
  • Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).
  • Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).
Amanah sebagai satu mekanisme di dalam Perancangan Harta Islam.
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam.

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang berikut:
  • Pendidikan
  • Saraan Hidup
  • Korporat
  • Kebajikan
  • Insurans
  • Takaful/Insurans

PRI-EMAS

Kita sentiasa mengharap untuk hidup lebih lama…
Kita membayangkan untuk berjaya sepanjang usia kita …
Kita mahu menjadi kaya dan berkuasa terhadap harta milik kita …
WALAUBAGAIMANAPUN...
Pastikah semua kejayaan, kekayaan dan kuasa untuk menguruskan
harta kita kekal sehingga akhir hayat?
MALANGNYA...
Kita mungkin akan menghadapi musibah yang mengakibatkan
Ketidakupayaan mental atau fizikal yang boleh menghilangkan kuasa
Kita untuk menguruskan harta milik kita.
as-Salihin menyediakan satu penyelesaian terhadap permasalahan ini melalui Pri-Emas.
Amanah Usia Emas atau Pri-Emas merupakan produk eksklusif yang disediakan oleh as-Salihin yang membolehkan seseorang melantik as-Salihin untuk menguruskan harta beliau apabila berlaku ketidakupayaan mental dan fizikal padanya.
Dengan Pri-Emas seseorang memberi kuasa kepada as-Salihin untuk mengendalikan harta alih pada masa berlakunya ketidakupayaan mental dan fizikal tersebut untuk kepentingan diri sendiri dan orang-orang yang tersayang.

Deklarasi Harta Sepencarian

Apakah Harta Sepencarian?

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian". Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan.

Perkhidmatan Harta Sepencarian di as-Salihin

Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan membuat Deklarasi Harta Sepencarian

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

PRI-HIBAH

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Apa itu Pri-Hibah
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
  • Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
  • Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
  • Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.

Kelebihan membuat Pri-Hibah
  1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
  2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
  3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
  4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.

PENTINGNYA WASIAT

sebanyak RM40 Billion harta yang tidak dituntut.





Thursday 10 March 2016

WAKAF

Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah.
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya
Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)
Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.
Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin
  • Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
  • Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf 

Pentadbiran Harta Pusaka Tidak Berwasiat

Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta simati iaitu dia akan menghimpunkan semua aset serta liabiliti simati serta mengagihkan lebihan harta simati menurut Syari’ah setelah menyelesaikan hutang-hutangnya.
Prosedur atau kaedah mentadbir, memohon, melantik dan tugas-tugas serta tanggungjawab pentadbir adalah mengikut peruntukkan undang-undang yang boleh di dapati didalam Akta Probet dan Pentabiran 1959.
Sebenarnya, pentadbiran harta pusaka adalah tugas yang berat bagi Wasi yang dilantik di dalam Wasiat dan memilih pentadbir yang salah akan menyebabkan benefisiari berada dalam keadaan menderita.
Masalah yang berpanjangan mengenai perlantikan pentadbir akan berlaku, contohnya mengenai permohonan di bawah Seksyen 35 Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang memerlukan dua orang penjamin untuk mentadbir harta pusaka kecuali dalam keadaan tertentu. Jaminan yang perlu diberi adalah bernilai sama dengan nilai kasar harta pusaka simati. Walau bagaimanapun, Syarikat Amanah boleh mentadbir tanpa perlu mengemukakan penjamin.
Di as-Salihin kami mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang berat untuk mentadbir harta pusaka, tugas kami termasuklah yang berikut:
  • Mengenalpasti aset dan liabiliti simati samada di Malaysia atau luar negara
  • Mengenalpasti orang yang berhak ke atas harta pusaka
  • Memohon sijil Faraid daripada pihak yang berkuasa
  • Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir
  • Membayar hutang
  • Menguruskan urusan cukai dan liabiliti
  • Mengagihkan harta pusaka kepada benefisiari mengikut Faraid
  • Menyediakan semua akaun serta dokumen yang berkaitan

PRI-HIBAH

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian. Apa itu Pri-Hibah
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
  • Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
  • Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
  • Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.

Kelebihan membuat Pri-Hibah
  1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
  2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
  3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
  4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.
www.as-salihin.com/produk-perkhidmatan/individu/pri-hibah

WASI DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Menulis Wasiat mungkin menjadi pilihan bagi seseorang, pemilihan seorang Wasi bagi sesuatu Wasiat perlulah dibuat berdasarkan pertimbangan yang wajar dan berhati-hati.
Wasi adalah orang yang dilantik di dalam Wasiat untuk melaksanakan hasrat dan arahan pewasiat. Walaubagaimanapun Wasi mungkin jatuh sakit, meninggal dunia atau tidak mahu bertindak sebagai Wasi. as-Salihin bersama dengan Penasihat Syariah akan memastikan pentadbiran harta pusaka kepada semua waris/penerima.
Adalah sukar untuk memilih seorang Wasi bagi Wasiat anda. Kesejahteraan keluarga anda adalah yang paling utama dan bergantung pada Wasi yang anda pilih. Wasi yang bertanggungjawab akan menjaga keluarga anda dengan selamat. Pemilihan yang tidak tepat akan menyebabkan anda meninggalkan keluarga anda dalam keadaan menderita.
as-Salihin diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949, ia terikat dengan peruntukan undang-undang dalam memberi perlindungan kepada benefisiari yang diamanahkan kepadanya. Ia adalah syarikat yang kekal dan tidak perlu untuk mengeluarkan jaminan untuk bertindak sebagai Wasi Utama atau Wasi Gantian.
Lantiklah as-Salihin sebagai Wasi atau Wasi Pengganti bagi Wasiat anda, anda akan dijamin bahawa dengan bantuan pakar Syariah dan sokongan oleh Lembaga Penasihat Syariah, as-Salihin akan melaksanakan hasrat anda hingga selesai dan memastikan kesinambungan dalam proses pentadbiran hingga ke pembahagian harta yang terakhir.
Perkhidmatan kami sebagai Wasi di dalam Wasiat:
  • Permohonan Probet daripada Mahkamah Tinggi – melantik kami sebagai Wasi dan proses pengurusan harta simati hanya mengambil tempoh yang singkat.
  • Perlaksanaan terma di dalam Wasiat anda secara berkesan.
  • Memastikan pembahagian harta mengikut setiap arahan di dalam Wasiat anda.
  • Memastikan pembahagian aset tersebut mengikut Faraid.

WASIAT

 

 Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"