Thursday 28 April 2016

RAHSIA DAN TIPS KEUNTUNGAN DALAM PELABURAN UNIT AMANAH

RAHSIA DAN TIPS KEUNTUNGAN LUMAYAN DALAM PELABURAN UNIT AMANAH

  •    Anggap pelaburan UT adalah pelaburan sederhana dan jangka panjang, iaitu untuk tempoh 3-5 tahun
  •   Setkan terget anda, jika anda rasa 10% untung untuk tempoh setahun sudah memadai, maka anda seharusnya keluarkan pelaburan anda apabila sudah mencapai 10% dan jangan keluarkannya sebelum target anda tercapai
  • Jadi pelabur yang aktif, sentiasa membeli semasa harga murah dan menjual semasa harga mahal.
  •    Monitoring system by consultant , pastikan konsultan anda sentiasa memantau pergerakan pelaburan anda. Oleh kerana, pelaburan memerlukan penelitian yang lama dan berterusan, adalah tidak bermanfaat jika anda melabur di UT tanpa bantuan konsultan anda kerana anda akan menjadi pelabur yang pasif dan tidak dapat membuat banyak keuntungan di UT. Lebih baik anda melabur di ASB.
  •   Keluar bila sampai target, jangan tamak. Jika objektif anda iaitu 10% sudah dicapai, jangan teragak untuk keluarkan kerana jika tiba keesokan harinya harga jatuh, anda telah hilang peluang anda untuk mendapat untung.

Tuesday 12 April 2016

Kurang kesedaran tentang pembahagian harta pusaka

TANGKAK: Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.

"Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

"Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim," katanya.

Hamim berkata demikian ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung Pengurusan Harta Pusaka Kecil, di sini hari ini.

Beliau berkata selain JKPTG, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut Hamim hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan oleh JKPTG yang mempunyai 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara dengan setiap satunya bertanggungjawab menguruskan permohonan bagi dua hingga empat daerah.
"Perkhidmatan itu dibuat berdasarkan peruntukan perundangan yang bertujuan membantu orang ramai mengurus harta pusaka tanpa perlu turut naik mahkamah,"katanya.

Thursday 7 April 2016

RANCANG KEWANGAN ANDA

Sebenarnya, adalah lebih baik kita merancang persaraan kita lebih awal. Bagaimanapun, adalah baik untuk memupuk tabiat menyimpan pada usia muda. Bahkan menabung patut menjadi amalan hidup kita. Apabila kita bersara, adalah bijak untuk tidak hanya mengharapkan simpanan KWSP kerana kemungkinan simpanan kita itu tidak mencukupi untuk menampung kehidupan yang selesa ketika persaraan.
 
Mengikut kaji selidik yang dijalankan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia yang menghampiri umur persaraan adalah jauh lebih rendah, manakala sikap terhadap pengurusan kewangan juga didapati kurang memberangsangkan, berbanding bagi rakyat Malaysia daripada kumpulan umur lain.

dengan merancang kewangan, kita berupaya mengelakkan perbelanjaan berlebihan, hutang tidak terurus, kebankrapan atau kebergantungan kepada orang lain. Kita juga dapat mengeratkan lagi hubungan peribadi dengan orang sekeliling kita, seperti keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja kerana kita gembira dengan kehidupan kita dan tidak perlu pinjam-meminjam wang untuk memenuhi keperluan atau mengharapkan sumbangan daripada orang lain.

Selain itu, kita juga akan bebas daripada kebimbangan kewangan kerana kita telah merancang bagi masa depan, menjangka perbelanjaan dan mencapai matlamat peribadi hidup dan mampu menjadi lebih efektif untuk mendapatkan, menggunakan dan melindungi sumber kewangan kita sepanjang hayat, bukan bagi diri kita malah bagi mereka yang tersayang. Dengan erti kata lain, apabila kita mempunyai pelan kewangan peribadi yang terurus, kita lebih arif tentang keperluan masa depan dan sumber yang sedia ada. Kita juga mendapat ketenangan kerana mampu mengawal segalanya.

Merancang kewangan adalah satu proses di mana seseorang individu merancang masa hadapan dalam memenuhi matlamat peribadi dan kewangan melalui pembangunan dan perlaksanaan perancangan kewangan yang menyeluruh. Secara praktikal, perancangan kewangan adalah segala yang berkaitan dengan mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara yang ingin dilakukan seperti berkahwin, membeli aset seperti kereta atau rumah, merancang untuk mendapatkan anak serta perancangan pendidikan anak. Melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan untuk membantu kita mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.

Amat penting bagi setiap individu untuk membuat perancangan kewangan secepat mungkin terutama bagi mereka yang mula memasuki alam pekerjaan. Jika yang sudah lama bekerja, tetapi masih lagi belum membuat sebarang perancangan, masih lagi belum terlambat. Tidak kira di titik mana kita berada tetap tidak terlewat untuk membuat sebarang perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik. Merancang perbelanjaan dengan bijak dapat menyelamatkan kita daripada mengalami krisis kewangan. Tanpa perancangan yang rapi, banyak perkara yang tidak dapat kita melakukannya dengan baik.

RANCANG HUTANG ANDA

Bertenang Dan Fikirkan Kaedah Terbaik Untuk Mengatasinya

Hutang boleh menjejaskan kesihatan serta menyebabkan  tekanan  hidup  jikalau  anda  gagal menguruskannya dengan baik.Akibat tidak dapat menghadapi tekanan hidup kerana beban hutang yang banyak, menyebabkan ada yang mengambil jalan singkat, seperti meminjam dengan Ah Long – yang sebenarnya menjerat diri sendiri.Malahan, jika pegangan agama tidak kuat, ada yang sanggup membunuh diri.Bertenang! 
Walau apa pun tindakan yang anda ingin lakukan, anda  perlu  memikirkan  tentang  buruk  dan baiknya.  Fikirlah  bahawa  setiap  masalah,  termasuk hutang, ada cara penyelesaiannya.Berikut  adalah  tiga  langkah  yang  boleh  digunakan untuk menangani masalah hutang yang tidak terkawal.


1)Mengaku anda ada hutang

Anda  harus  mengakui  sekiranya  anda  mempunyai masalah  hutang  yang  tidak  terkawal.  Jangan menafikannya.Jangan  menambahkan  lagi  hutang.  Ini  termasuk membeli  barangan  dan  perkhidmatan  dengan menggunakan kad kredit.


2)Periksa status kewangan

Analisis kedudukan kewangan anda. Kemas kini semua penyata hutang anda untuk mengetahui jumlah semua hutang yang sebenarnya.Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan anda.Bayar  balik  hutang  mengikut  keutamaan.  Bayar dahulu  pinjaman  dan  hutang  tertunggak  yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.


3)Segera betulkan keadaan

Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan. Sediakan bajet, sekiranya anda masih belum berbuat demikian.  Bajet  anda  mesti  mengambil  kira  semua pembayaran  bulanan  dalam  senarai  perbelanjaan anda.Pertimbangkan  untuk  menggunakan  tabungan  atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang.Kurangkan  perbelanjaan  anda.  Berbelanja  untuk barangan dan perkhidmatan yang penting sahaja.Berusaha  untuk  meningkatkan  pendapatan,  seperti membuat kerja sambilan.Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan  atau  penjadualan  semula  pinjaman yang  bersesuaian  dengan  kedudukan  aliran  tunai anda.