Showing posts with label WASIAT. Show all posts
Showing posts with label WASIAT. Show all posts

Tuesday 12 April 2016

Kurang kesedaran tentang pembahagian harta pusaka

TANGKAK: Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.

"Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

"Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim," katanya.

Hamim berkata demikian ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung Pengurusan Harta Pusaka Kecil, di sini hari ini.

Beliau berkata selain JKPTG, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut Hamim hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan oleh JKPTG yang mempunyai 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara dengan setiap satunya bertanggungjawab menguruskan permohonan bagi dua hingga empat daerah.
"Perkhidmatan itu dibuat berdasarkan peruntukan perundangan yang bertujuan membantu orang ramai mengurus harta pusaka tanpa perlu turut naik mahkamah,"katanya.

Wednesday 6 April 2016

PENTINGNYA WASIAT

PENTINGNYA WASIAT 
 
(keratan akhbar KOSMO!)
SEJAK ibunya meninggal dunia lima tahun lalu, Masyitah Mohamed, 54, masih buntu memikirkan urusan hal tanah pusaka milik ibunya. Meskipun hal tersebut sudah diketengahkan kepada adik-beradiknya untuk mencari penyelesaian, Masyitah pula dituduh yang tamakkan harta.

Hakikatnya, beliau mahu meringankan beban yang ditanggung arwah ibu. Lebih malang, isu tersebut menyebabkan dia dan adik-beradiknya tidak bertegur sapa.

"Sejak itu saya tidak lagi membangkitkan isu tanah tersebut. Mereka sukar dibawa berunding. Saya sedar bahawa masalah akan menjadi semakin rumit jika seorang demi seorang daripada kami meninggal dunia," katanya yang mempunyai lapan beradik.
Masyitah mungkin merupakan salah seorang daripada ribuan masyarakat Islam yang berdepan dengan masalah tersebut. 

Hakikat ini diakui sendiri oleh Md. Ghazali Ibrahim, 41, yang berpengalaman menyiapkan lebih 5,000 surat wasiat secara sukarela sebelum ini. 

Menurut adik kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, arwah Ustaz Asri Ibrahim itu, orang- orang dahulu mereka lebih gemar berwasiat dengan mulut sahaja tanpa dokumen yang akhirnya menimbulkan masalah.
Sebab itulah, kata Md. Ghazali, apabila berlaku kematian, adik-beradik perlu duduk berbincang dan dokumenkan apa yang pernah disuarakan oleh ibu bapa.

"Buat surat persetujuan sebelum ke pejabat pusaka dan mahkamah. Orang kita tidak faham, apabila sebut sahaja faraid, ia jadi wajib. 

"Memang faraid wajib jika menemui jalan buntu. Kita perlu juga ingat wasiat si ayah ketika masih hidup, sepakatlah adik-beradik," saran beliau ketika ditemui di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tuntutan membuat wasiat ini, ujar panel program kuliah Solat di TV AlHijrah itu turut termaktub dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 180 hingga 182, "Diwajibkan ke atas kamu membuat wasiat apabila datang tanda-tanda kematian."

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
 

Wasiat

Wasiat Dalam Masyarakat Islam

Rata-rata rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam hari ini kurang pengetahuan tentang wasiat. Wasiat sering disalahertikan di mana ramai yang beranggapan wasiat adalah kata-kata atau pesanan seseorang mengenai hartanya sebelum meninggal dunia.
Sebenarnya, wasiat adalah dokumen bertulis yang mengandungi ikrar ataupun hajat seseorang yang dibuat ketika hayatnya ke atas harta atau manfaatnya untuk dilaksanakan selepas kematiannya.
Masyarakat Islam harus sedar bahawa penulisan wasiat bukanlah bermatlamat untuk menidakkan hukum faraid. Penulisan wasiat bertujuan memudahkan proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka dan sekali gus nasib waris-waris dapat dipelihara.

Berikut adalah antara masalah-masalah yang kerap timbul akibat ketiadaan wasiat:
a) Proses pengagihan harta pusaka berlarutan sehingga bertahun-tahun
b) Nasib waris-waris tidak terbela khususnya anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah
c) Suami / isteri tidak mendapat bahagian harta sepencarian
d) Hutang tertunggak
e) Proses perundangan yang menyulitkan waris-waris
f) Hubungan kekeluargaan di kalangan waris-waris terjejas
g) Manipulasi terhadap harta pusaka
h) Perniagaan tidak dapat diteruskan
Manakala berikut adalah senarai individu-individu yang perlu membuat wasiat:
a) Anak
b) Suami / Isteri
c) Individu yang tiada anak
d) Individu yang mempunyai anak di bawah 18 tahun
e) Individu yang mempunyai anak tiri / angkat
f) Individu yang hanya mempunyai anak perempuan
g) Ibu / Bapa tunggal
h) Pemilik saham syarikat

Ramai yang masih berandaian bahawa harta-harta seseorang akan secara automatik diagihkan kepada wars-waris setelah berlaku kematian. Tetapi malangnya, pelbagai proses yang kompleks perlu dilalui oleh waris-waris sebelum harta peninggalan dapat diagihkan. Mengikut perangkaan Amanah Raya Berhad (ARB), harta pusaka kira-kira bernilai RM15 bilion ketika ini tidak dapat diagihkan dan terbeku disebabkan masalah perwarisan. Harta-harta tersebut sebenarnya boleh dimanfaatkan oleh waris-waris yang sah dan layak sekiranya wujud wasiat.
Individu-individu yang perlu membuat wasiat tidak semestinya yang kaya-raya. Dengan hanya berhartakan contohnya RM5000.00, seseorang itu perlu juga membuat wasiat sama ada harta itu berupa harta alih seperti akaun simpanan atau harta tak alih seperti tanah. Tiada sesiapa yang mahu waris-warisnya bersusah-payah turun naik mahkamah dan sebagainya semata-mata untuk mendapatkan harta peninggalan mahupun dalam usaha melunaskan hutang-hutang si mati.
Nafsu dan perasaan manusia terlalu rumit untuk diramalkan. Keadaan keluarga yang harmoni pada hayat kita boleh bertukar menjadi haru-biru dan berpecah-belah disebabkan kelemahan pentadbiran ataupun perebutan harta peninggalan kita. Justeru itu, ingin ditekankan di sini bahawa, melalui penulisan wasiat, pelbagai komplikasi jangka panjang mahupun jangka pendek boleh dielakkan selain menjamin kesejahteraan institusi kekeluargaan.
 Sabda Nabi S.A.W:
Harta dunia adalah milik Allah S.W.T, kita hanyalah sebagai pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat Islam.

http://www.jcorp.com.my/mutiara/wasiat-dalam-masyarakat-islam-29-17.aspx

Pentingnya dokumen Wasiat


PENTINGNYA DOKUMEN 

(keratan akhbar KOSMO)

Md. Ghazali yang banyak membuat lawatan ke Jordan, Syria dan Palestin mengakui bahawa ramai masyarakat Islam masih kabur lagi tentang wasiat, hibah dan harta sepencarian.

"Wasiat tidak wajib tetapi kalau kita nak beri lebih kepada isteri, perlulah buat dokumen atau deklarasi harta sepencarian kerana kita tidak boleh wasiatkan separuh daripada harta kepada isteri melalui wasiat kerana ia tidak boleh melebihi satu per tiga.

"Wasiat juga tidak boleh diberikan kepada waris kerana anak-anak ada bahagian dalam faraid. Ia perlu diberikan kepada orang lain, anak tiri, anak angkat dan sebagainya," kata graduan yang berkelulusan Ijazah Syariah dari Universiti Saddam For Islamic Studies, Baghdad, Iraq itu.

Jika seseorang mahu memberikan harta kepada anak-anak, contohnya rumah, mereka boleh hibahkan harta tersebut dengan membuat dokumen persetujuan hibah.
Beliau menyeru orang ramai supaya tidak menangguhkan isu pembahagian harta pusaka bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

"Jika tiada masalah pusaka, buatlah sesuatu untuk waris kita. Rancang pusaka, buat wasiat atau hibah kerana mungkin esok lusa kita meninggal dunia," ujarnya.


Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz451ciDprv
Hakcipta terpelihara 

Tuesday 5 April 2016

kelebihan menulis wasiat

kelebihan menulis wasiat. Antaranya ialah ;
  • Mempercepatkan proses pembahagian harta. Apabila seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada waris hanya boleh dibuat apabila probate dan Surat Kuasa Mentadbir diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat, Bon Pentadbiran dan penjamin diperlukan sebelum pembahagian harta boleh dilakukan.
  • Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga. Telah banyak berita di dada-dada akhbar menceritakan tentang pertelingkahan di dalam keluarga disebabkan harta si mati. Janganlah kita tergolong di antara mereka yang tidak berwasiat kerana disebabkan harta, keluarga yang ditinggalkan, berpecah belah.
  • Melantik Wasi (Pentadbir harta) yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda samada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
  • Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya akan Qada’ & Qadar. Kita tidak tahu bila malaikat izrail akan mencabut nyawa kita semua. Oleh itu, tidak sepatutnya kita masih melengahkan perkara yang hanya sekali dalam seumur hidup kita ini.



RM60 bilion harta pusaka masih belum dituntut?

TANGKAK: Kurang kesedaran dan sikap ambil mudah menangguh permohonan pembahagian harta pusaka menjadi satu daripada faktor penyebab kira-kira RM60 bilion jumlah harta tidak dituntut oleh waris si mati sejak Malaysia mencapai kemerdekaan hingga hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri berkata angka tersebut diperoleh menerusi rekod Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) melalui Bahagian Pembahagian Pusaka (BPP) di bawah kementeriannya.

"Sikap tidak mahu ambil tahu prosedur yang perlu dilalui atau agensi mana yang sepatutnya menguruskan urusan pembahagian harta pusaka juga menjadi faktor penangguhan dalam kalangan waris untuk memulakan tindakan membuat permohonan.

"Ada juga waris yang anggap proses untuk memohon pembahagian harta ini lambat, mahal dan menyusahkan sehingga menyebabkan harta si mati dibekukan, tanah menjadi terbiar dan tidak terurus dan paling mustahak status pemilikan tidak rasmi boleh mengakibatkan isu termakan harta yang bukan hak atau harta anak yatim," katanya.

Hamim berkata demikian ketika merasmikan Forum dan Taklimat Berhubung Pengurusan Harta Pusaka Kecil, di sini hari ini.

Beliau berkata selain JKPTG, agensi lain yang menguruskan permohonan pembahagian harta pusaka adalah Mahkamah Tinggi dan Amanah Raya Berhad.

Menurut Hamim hampir 75 peratus pembahagian harta pusaka di negara ini diuruskan oleh JKPTG yang mempunyai 36 Unit Pembahagian Pusaka di seluruh negara dengan setiap satunya bertanggungjawab menguruskan permohonan bagi dua hingga empat daerah.
"Perkhidmatan itu dibuat berdasarkan peruntukan perundangan yang bertujuan membantu orang ramai mengurus harta pusaka tanpa perlu turut naik mahkamah,"katanya.


http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm60-bilion-harta-pusaka-masih-belum-dituntut-sejak-merdeka-92201

WASIAT

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan:
1. Urusan Jenazah Arwah
2. Bayarkan/uruskan Hutang Arwah
3. Bahagikan Harta Pusaka Arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih spesifik masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ia adalah satu topik yang cuba dielakkan lalu urusan ini selalunya dilewat-lewatkan. Perbincangan mengenai topik ini mungkin akan memberikan persepsi 'gila harta atau tamak harta', akhirnya masing-masing cuba mengelakkan dari memulakan perbincangan ini. Antara sebab lain, waris tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan untuk menguruskan harta pusaka arwah.

Ada juga persepsi bahawa isteri dan anak adalah waris arwah sahaja oleh itu mereka yang berhak keatas harta pusaka arwah. Realitinya, dalam surah An-Nisa' (11, 12, 176) dengan jelas telah mengariskan siapakah waris-waris simati dan bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Ada 25 golongan yang boleh mewarisi dan 12 golongan yang pasti ada bahagian faraid mereka.

Akibatnya, akan timbul fitnah dan ada kemungkinan ada hak waris yang diambil pihak lain. KESANNYA TERMAKAN HARTA YANG BATHIL!!

SURAH AN-NISA': 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

Perbezaan Hibah dan Wasiat



DENGAN HIBAH
DENGAN WASIAT
Aqad pemberian harta semasa hidup
Pemberian harta selepas mati
Pemberian harta kepada sesiapa sahaja
Pemberian harta kepada bukan waris sahaja
Tiada had jumlah pemberian
Terhad 1/3 sahaja daripada harta pusaka
Hasrat pembahagian terlaksana
Hasrat pembahagian hanya terlaksana jika pembahagian dibuat kepada bukan waris sahaja dan terhad kepada takat 1/3

APA ITU HIBAH?

 Maksud hibah..
Hibah adalah suatu aqad yang mengandungi pemberian hak milik oleh seseorang terhadap hartanya (ain/manfaat) kepada orang lain semasa hidupnya tanpa mengharapkan balasan.

Dalil berkaitan hibah..
"...Dia memberikan harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba." (al-baqarah : 177)

Antara harta yang boleh dihibah:
  •  Hartanah (rumah dan tanah)
  • Saham Amanah
  • Saham syarikat

GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH

  • Pasangan suami isteri yang tiada anak
  • Pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja
  • Pasangan yang mempunyai anak angkat sahaja
  • Individu yang berpoligami
  • Pasangan yang mempunyai anak perempuan dan lelaki yang ingin membahagikan harta samarata
  • Individu yang tidak berkahwin
  • Individu yang berkahwin semula selepas kematian pasangan asal
  • Suami isteri yang membeli harta secara bersama
  • Pasangan yang mempunyai anak OKU
  • Ahli perniagaan
  •  Pasangan yang ingin membahagikan harta kepada sesiapa yang diingini