Tuesday 5 April 2016

WASIAT

Sebagai orang Islam, apabila berlakunya kematian, 3 perkara yang perlu disegerakan:
1. Urusan Jenazah Arwah
2. Bayarkan/uruskan Hutang Arwah
3. Bahagikan Harta Pusaka Arwah

Namun begitu, masyarakat Islam atau lebih spesifik masyarakat melayu mempunyai persepsi yang berbeza mengenai harta pusaka. Ia adalah satu topik yang cuba dielakkan lalu urusan ini selalunya dilewat-lewatkan. Perbincangan mengenai topik ini mungkin akan memberikan persepsi 'gila harta atau tamak harta', akhirnya masing-masing cuba mengelakkan dari memulakan perbincangan ini. Antara sebab lain, waris tidak mempunyai ilmu atau pengetahuan untuk menguruskan harta pusaka arwah.

Ada juga persepsi bahawa isteri dan anak adalah waris arwah sahaja oleh itu mereka yang berhak keatas harta pusaka arwah. Realitinya, dalam surah An-Nisa' (11, 12, 176) dengan jelas telah mengariskan siapakah waris-waris simati dan bahagian yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.. Ada 25 golongan yang boleh mewarisi dan 12 golongan yang pasti ada bahagian faraid mereka.

Akibatnya, akan timbul fitnah dan ada kemungkinan ada hak waris yang diambil pihak lain. KESANNYA TERMAKAN HARTA YANG BATHIL!!

SURAH AN-NISA': 11
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. 

0 comments:

Post a Comment