Showing posts with label Persediaan Kewangan Sebelum Persaraan. Show all posts
Showing posts with label Persediaan Kewangan Sebelum Persaraan. Show all posts

Tuesday 5 April 2016

Tips Kewangan

  • Kawal perbelanjaan setiap hari dan mula hidup berjimat cermat. 
  • Mula mencari sumber pendapatan kedua, ketiga dan seterusnya yang boleh membawa masuk aliran pendapatan lain dan tidak bergantung semata-mata kepada gaji.
  •  Keluar dari zon selesa. Kita akan mendapat hasil yang sama apabila kekal pada tahap dan rutin hidup yang sama. Keluar daripada hidup sekarang dan mula berusaha bertindak luar daripada biasa membuat perubahan sedikit demi sedikit. InsyaAllah hidup kita akan menjadi lebih baik.
  • Dekatkan diri dengan Allah mencapai takwa. Dengan takwa, Allah telah janjikan jalan keluar daripada segala masalah.
  • Banyakkan membaca dan menambah ilmu. Kemudian, amalkan ilmu yang ada untuk mendapat hasilnya. Ilmu dan idea yang tidak diamalkan tidak membuahkan sebarang hasil.

Friday 25 March 2016

RANCANG PELABURAN UNTUK PERSARAAN

(keratan Utusan Melayu)
Adakah dalam tempoh persaraan itu, rakyat Malaysia mampu menampung kehidupan mereka? Ini paling penting untuk dijawab supaya tidak muncul pula masalah ramai pesara tidak mampu menempuh persaraan gara-gara tidak cukup wang untuk menampung kehidupan mereka.
Niat asal untuk berehat dengan tenang bersama-sama keluarga, entah ke mana. Menjangkakan wang cukup untuk hari tua juga boleh memakan diri kerana perbelanjaan semakin mahal, begitu juga kos perubatan.
Jadi, selain melabur dalam bentuk kewangan pada usia muda, menjaga kesihatan dengan baik melalui amalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat seperti bersenam boleh membantu mengurangkan perbelanjaan pada usia tua.
Malangnya, ramai di antara kita memilih cara yang memudaratkan kesihatan seperti merokok dan kesannya mula ketara pada usia persaraan. Justeru, bagi yang masih muda, rancang dan uruslah `pelaburan’ anda sama ada kewangan atau kesihatan agar hidup dijamin tenang ketika meniti usia bersara.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) dan Felo Penyelidik Institut
Keusahawanan dan Koperasi (CEDI)
Universiti Utara Malaysia (UUM).

© Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday 24 March 2016

RANCANG PERSARAAN ANDA


LANGKAH  MERANCANG PERSARAAN


  1. Tetapkan matlamat tentang gaya hidup persaraan anda.
  2. Kenalpasti keperluan kewangan berpandukan gaya hidup persaraan anda.
  3. Buat inventori asset dan liabiliti untuk dapatkan gambaran jelas tentang status kewangan anda.
  4. Kenalpasti jumlah simpanan tunai,pelaburan,perlindugan dan kadar pulangan yang anda perlukan dan selesa dengannya.






Tuesday 15 March 2016

Rancang Persaraan anda


Cabaran utama yang akan hadapi apabila bersara awal adalah dengan memastikan anda ada asset yang mencukupi untuk menampung kos kehidupan di masa akan datang. Seseorang yang bersara pada umur 55 tahun, perlu membuat simpanan sekurang-kurangnya 35-45 tahun dalam persaraan. Anda boleh menggunakan ‘retirement income calculator’ atau seelok-eloknya berjumpa dengan perancang kewangan (financial advisor).

Rancang persaraan anda.



 

Persaraan merupakan satu keputusan yang besar.Perkahwinan,berkeluarga dan berpindah adalah satu fasa kehidupan yang akan anda hadapi.Kajian menunjukkan bahawa untuk persaraan yang menarik kita hendaklah mulakan membuat perancangan awal sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum persaraan mereka.

Anda perlu membuat sedikit kajian tentang membuat kepututsan persaraan.Bagi yang tiada pencen,adakah cukup duit simpanan anda jika anda bersara awal.?Jika anda inginkan persraan yang awal atau lambat.Apakah langkah yang perlu anda lakukan sebelum menjangkau usia persaraan anda?

Untuk persaraan di usia yang awal anda perlu hidup secara sederhana,mebuat simpanan atau melabur.Jadi, dengan perancangan awal anda dapat bersara di usia seawal 50 tahun. Hal ini kerana di usia berikut anda perlu memikirkan tentang kos-kos perubatan yang perlu dibiayai oleh anda sendiri.Tidak rugi jika kita membuat simpanan dan pelaburan di usia yang muda untuk kehidupan yang lebih terjamin.