Thursday 7 April 2016

RANCANG HUTANG ANDA

Bertenang Dan Fikirkan Kaedah Terbaik Untuk Mengatasinya

Hutang boleh menjejaskan kesihatan serta menyebabkan  tekanan  hidup  jikalau  anda  gagal menguruskannya dengan baik.Akibat tidak dapat menghadapi tekanan hidup kerana beban hutang yang banyak, menyebabkan ada yang mengambil jalan singkat, seperti meminjam dengan Ah Long – yang sebenarnya menjerat diri sendiri.Malahan, jika pegangan agama tidak kuat, ada yang sanggup membunuh diri.Bertenang! 
Walau apa pun tindakan yang anda ingin lakukan, anda  perlu  memikirkan  tentang  buruk  dan baiknya.  Fikirlah  bahawa  setiap  masalah,  termasuk hutang, ada cara penyelesaiannya.Berikut  adalah  tiga  langkah  yang  boleh  digunakan untuk menangani masalah hutang yang tidak terkawal.


1)Mengaku anda ada hutang

Anda  harus  mengakui  sekiranya  anda  mempunyai masalah  hutang  yang  tidak  terkawal.  Jangan menafikannya.Jangan  menambahkan  lagi  hutang.  Ini  termasuk membeli  barangan  dan  perkhidmatan  dengan menggunakan kad kredit.


2)Periksa status kewangan

Analisis kedudukan kewangan anda. Kemas kini semua penyata hutang anda untuk mengetahui jumlah semua hutang yang sebenarnya.Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan anda.Bayar  balik  hutang  mengikut  keutamaan.  Bayar dahulu  pinjaman  dan  hutang  tertunggak  yang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi.


3)Segera betulkan keadaan

Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan. Sediakan bajet, sekiranya anda masih belum berbuat demikian.  Bajet  anda  mesti  mengambil  kira  semua pembayaran  bulanan  dalam  senarai  perbelanjaan anda.Pertimbangkan  untuk  menggunakan  tabungan  atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang.Kurangkan  perbelanjaan  anda.  Berbelanja  untuk barangan dan perkhidmatan yang penting sahaja.Berusaha  untuk  meningkatkan  pendapatan,  seperti membuat kerja sambilan.Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan  atau  penjadualan  semula  pinjaman yang  bersesuaian  dengan  kedudukan  aliran  tunai anda.

0 comments:

Post a Comment