(keratan akhbar KOSMO!)
SEJAK
ibunya meninggal dunia lima tahun lalu, Masyitah Mohamed, 54, masih buntu
memikirkan urusan hal tanah pusaka milik ibunya. Meskipun hal tersebut sudah
diketengahkan kepada adik-beradiknya untuk mencari penyelesaian, Masyitah pula
dituduh yang tamakkan harta.
Hakikatnya,
beliau mahu meringankan beban yang ditanggung arwah ibu. Lebih malang, isu
tersebut menyebabkan dia dan adik-beradiknya tidak bertegur sapa.
"Sejak
itu saya tidak lagi membangkitkan isu tanah tersebut. Mereka sukar dibawa
berunding. Saya sedar bahawa masalah akan menjadi semakin rumit jika seorang
demi seorang daripada kami meninggal dunia," katanya yang mempunyai lapan
beradik.
Masyitah
mungkin merupakan salah seorang daripada ribuan masyarakat Islam yang berdepan
dengan masalah tersebut.
Hakikat
ini diakui sendiri oleh Md. Ghazali Ibrahim, 41, yang berpengalaman menyiapkan
lebih 5,000 surat wasiat secara sukarela sebelum ini.
Menurut
adik kepada bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Rabbani, arwah Ustaz Asri
Ibrahim itu, orang- orang dahulu mereka lebih gemar berwasiat dengan mulut
sahaja tanpa dokumen yang akhirnya menimbulkan masalah.
Sebab
itulah, kata Md. Ghazali, apabila berlaku kematian, adik-beradik perlu duduk
berbincang dan dokumenkan apa yang pernah disuarakan oleh ibu bapa.
"Buat
surat persetujuan sebelum ke pejabat pusaka dan mahkamah. Orang kita tidak
faham, apabila sebut sahaja faraid, ia jadi wajib.
"Memang
faraid wajib jika menemui jalan buntu. Kita perlu juga ingat wasiat si ayah
ketika masih hidup, sepakatlah adik-beradik," saran beliau ketika ditemui
di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Tuntutan
membuat wasiat ini, ujar panel program kuliah Solat di TV AlHijrah itu turut
termaktub dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 180 hingga 182,
"Diwajibkan ke atas kamu membuat wasiat apabila datang tanda-tanda
kematian."
http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0605&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm
0 comments:
Post a Comment