kelebihan menulis wasiat. Antaranya ialah ;
- Mempercepatkan proses pembahagian harta. Apabila
seseorang meninggal dunia semua aset akan dibekukan. Pembahagian kepada
waris hanya boleh dibuat apabila probate dan Surat Kuasa Mentadbir
diperolehi daripada Mahkamah Tinggi. Tanpa Wasiat, Bon Pentadbiran dan
penjamin diperlukan sebelum pembahagian harta boleh dilakukan.
- Mengelakkan pertelingkahan di dalam keluarga. Telah
banyak berita di dada-dada akhbar menceritakan tentang pertelingkahan
di dalam keluarga disebabkan harta si mati. Janganlah kita tergolong di
antara mereka yang tidak berwasiat kerana disebabkan harta, keluarga
yang ditinggalkan, berpecah belah.
- Melantik Wasi (Pentadbir harta) yang boleh dipercayai untuk mentadbir aset anda samada terdiri daripada individu atau Syarikat Amanah.
- Melantik penjaga harta untuk kanak-kanak.
Sebagai umat Islam, kita wajib percaya akan Qada’ & Qadar. Kita
tidak tahu bila malaikat izrail akan mencabut nyawa kita semua. Oleh
itu, tidak sepatutnya kita masih melengahkan perkara yang hanya sekali
dalam seumur hidup kita ini.
0 comments:
Post a Comment